Rabu, 19 Ogos 2015 – KUCHING, Selasa – Pertandingan SHEDA JuniorStar Karaoke pada 25 September di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK). Pertandingan karaoke sempena Ekspo Hartanah SHEDA 2015 yang akan dianjurkan pada 25 hingga 27 September 2015 Ditaja oleh Sarawak Land (Kemena Park) Sdn Bhd, pertandingan terbuka kepada semua kanak-kanak Darjah 1 hingga Darjah 6.
Lagu yang dinyanyikan hendaklah dalam Bahasa Inggeris, Melayu atau Cina dan pemarkahan diberi berdasarkan pada pakaian, kebolehan vokal dan prestasi. Pemenang tempat pertama akan membawa pulang wang tunai RM1,000 berserta trofi.
Peserta yang berminat perlu mendaftar dengan SHEDA sebelum 4 September 2015. Selain SHEDA JuniorStar Karaoke, SHEDA turut menyusun program dan aktiviti yang menarik di hujung minggu untuk seisi keluarga seperti Zumba Fitness, pertandingan membuat ravioli serta mewarna dan pertandingan membuat model 3D untuk kumpulan berbeza umur. Selaras dengan aktiviti mesra keluarga, SHEDA telah menjemput Smart Reader Kids untuk menganjur pertandingan ‘Word Conqueror ’ seluruh negara semasa Ekspo tersebut. Sunrise Kiddy House juga telah dijemput untuk mengadakan persembahan akhir tahun dan pertandingan pertunjukan fesyenpada hujung minggu.
Peminat Disney’s Frozen akan dapat menikmati sesi ‘meet & greet’, menerima mainan percuma dan merakam gambar bersama watak-watak kegemaran mereka. Taklimat menarik oleh penceramah antarabangsa berpengalaman telah diatur untuk pelabur atau pembeli rumah yang berminat ingin mengetahui lebih lanjut mengenai hartanah di Sarawak. Ceramah popular Feng Shui juga akan diadakan dalam Bahasa Inggeris dan Mandarin.
Pengunjung yang datang ke ekspo akan berpeluang memenangi hadiah-hadiah menarik termasuk iPad Air setiap hari, ditaja oleh Hotel Rasmi Expo, M Hotels, dengan mendaftar di kaunter. Lebih 100 booth akan disediakan merangkumi Penaja Utama Expo – Ibraco Berhad, Naim Land Sdn Bhd, Lee Onn Construction Sdn Bhd, MJC City Sdn Bhd dan CMS Property Development Sdn Bhd serta juga pemaju-pemaju utama lain di Sarawak seperti Sentoria Group, RB Development Sdn Bhd, Timber Land Group, Elica Sdn Bhd, Instarmac Development Sdn Bhd, Regal Advantage Sdn Bhd dan Spago Property Sdn Bhd.
Ekspo diuruskan oleh Absolute Cool Event (ACE) dan mendapat liputan Akhbar Rasmi – See Hua Marketing Sdn Bhd dan Media Partners (iProperty. com dan ME Info Media Sdn Bhd). Ekspo ini juga ditaja oleh Federal Paint (M) Sdn Bhd dan NS Bluescope Malaysia Sdn Bhd. Untuk menyertai aktiviti, sila hubungi SHEDA State Secretariat (Harea / Michelle / Florence) di talian: 082- 366334 / faks: 082-365001 / e-mel ke: expo@sheda.org. my. Maklumat lanjut boleh didapati di : www.shedapropertyexpo. Com.
Read more: http://www.utusansarawakonline.com/news/27664/SHEDA-JuniorStar-Karaoke-25-September/