10-Sep-2015 – KUCHING: Orang awam yang masih belum mendaftar dalam ‘SHEDA Affordable Housing Online Survey’ dialukan untuk mendaftar di tapak gerai SHEDA semasa berlangsungnya Pameran Hartanah SHEDA 2015 (SHEDA Property Expo 2015) pada 25 hingga 27 September ini, di BCCK.
Menurut kenyataan medianya, orang awam boleh mendaftar dan turut serta dalam kaji selidik itu menerusi talian iaitu http:/// www.sheda.org.my/affordablehousingor Tinjauan dalam talian itu telah dilancarkan pada 28 Julai lalu adalah terbuka kepada seluruh rakyat Sarawak yang ingin membeli rumah mampu milik pada harga RM250,000 dan ke bawah.
Pelawat ke SHEDA Property Expo 2015 akan dapat untuk melayari lebih 100 gerai yang terdiri daripada pemaju tempatan dan antarabangsa hartanah, pembiaya, majlis tempatan, peralatan rumah, perabot dan peniaga kereta. Pemaju dari Sarawak termasuk penaja ekspo yang utama IbracoBerhad, Naim Land Sdn. Bhd., Lee Onn Construction Sdn. Bhd., MJC City Development Sdn. Bhd., dan CMS Property Development Sdn Bhd.
Dalam pada itu, katanya, penghabisan jualan tapak gerai tahun ini menunjukkan tanda positif bahawa pembeli akan mempunyai banyak peluang dan pilihan dalam memilih rumah atau pelaburan yang paling sesuai untuk keperluan mereka. SHEDA juga akan mengadakan beberapa aktiviti sepanjang pameran berlangsung antaranya, SHEDA Junior Star Karaoke akan diadakan pada 25 September (Jumaat) di mana hadiah pemenang pertama akan membawa pulang wang tunai RM1,000 bersama trofi.
SHEDA juga akan menjadi tuan rumah pertandingan pertunjukan fesyen Sunrise Kiddy House serta pertandingan Word Conqueror di seluruh negara yang dianjurkan oleh Smart Reader Kids. Aktiviti lain termasuk Zumba Fitness, ‘ravioli-making competition’, mewarna dan pertandingan membina model 3D untuk pelbagai peringkat usia, pelaburan hartanah dan ceramah fengshui, derma darah dan sebagainya.
Cabutan bertuah turut menanti pelawat yang bertuah yang mana hadiah utama ialah iPad yang ditaja oleh M Hotel. Untuk mendaftar dalam pelbagai aktiviti, orang awam boleh menghubungi Sekretariat Negeri SHEDA (Harea/ Michelle/ Florence) di talian 082- 366334 atau fax ke 082-365001 atau email ke expo@sheda.org. my. Maklumat lanjut boleh didapati menerusi www. shedapropertyex.
Read more : http://www.utusansarawakonline.com/news/28265/Pameran-Hartanah-SHEDA-2015/